Pemain pertahanan muda skuad kebangsaan Jordan, Mohammad Abualnadi dilaporkan semakin hampir untuk menyertai salah satu kelab Liga Malaysia musim ini.
Pasukan yang dimaksudkan ialah Selangor dimana skuad Gergasi Merah itu dilaporkan sedang mencari seorang lagi pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Reziq Bani Hani dan mereka terus memberi kepercayaan kepada bakat dari negara Asia Barat itu.
Baca Juga:
- Selangor Dapat Tawaran Lumayan Untuk Reziq Bani Hani
- Reziq Bani Hani Tinggalkan Selangor, Sertai Kelab Jordan
- Pernah Hatrik Lawan Harimau Malaya, Ali Olwan Kini Sertai Selangor FC
🚨 Selepas berjaya dapatkan khidmat penjaga gol Kalamullah Al Hafiz, Selangor FC dijangka turut akan mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain import muda dari Jordan berusia 23 tahun. 🔴🟡 🤝🏻 🇯🇴
Pengumuman rasmi menyusul ⏳@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 15, 2024
Pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, Selangor menandatangani pemain baharu dan melepaskan pemain import sedia ada selepas mendapat tawaran lumayan.
Setakat ini, Selangor membawa masuk dua pemain iaitu Ali Olwan yang juga berasal dari Jordan dan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kalamullah mencapai kata sepakat bersama Kedah untuk menamatkan kontraknya selepas pasukan itu dilanda masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.
Reziq menjadi pemain pertama yang dilepaskan selepas kelab Lembah Klang itu dilaporkan menerima tawarah lumayan dari pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Jordan iaitu Al-Hussein.
Abualnadi ketika ini beraksi bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga Iraq iaitu Al-Qasim dimana musim lepas beliau memperkuatkan Al-Hussein.
Selain itu, pemain berusia 23 tahun ini mempunyai pengalaman beraksi di Amerika Syarikat dimana beliau pernah menyarung jersi Swope Park Rangers dan Sporting Kansas City.
Pasukan Selangor sememangnya tidak asing lagi dengan pemain Jordan dimana sejak musim 2022, skuad kendalian Nidzam Jamil itu dibarisi oleh beberapa pemain dari negara tersebut.
Antara pemain Jordan yang pernah beraksi bersama Selangor adalah Yazan Al-Arab, Baha Abdel-Rahmad dan Reziq Bani Hani manakala pemain Jordan yang ketika ini bersama Selangor terdiri daripada Ali Olwan dan Noor Al-Rawabdeh.