Selangor FC (SFC) hari ini mengumumkan penyerang Jordan, Ali Olwan sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia dan AFC Champions League 2 (ACL 2) yang akan datang.

Kehadiran Ali menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu kini memiliki tiga penyerang import berkualiti selain Reziq Banihani serta pemain kebangsaan Chile, Ronnie Fernandez.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ali hadir dengan pengalaman luas di pentas antarabangsa kerana beliau merupakan tonggak skuad kebangsaan Jordan dengan 42 penampilan dan turut beraksi di Piala Asia 2023.

Beliau turut beraksi dalam pertandingan seperti Kelayakan Piala Asia, Kelayakan Piala Dunia dan perlawanan Persahabatan Antarabangsa sejak 21 November 2020.

Selain itu, beliau juga telah menjaringkan 12 gol bersama Jordan termasuk hatrik ketika menentang Malaysia dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa pada Oktober 2021.

Beliau boleh dianggap sebagai salah satu aset terbaik buat Selangor pada masa hadapan menerusi kualiti serta kelebihan beraksi di beberapa posisi serangan.

Kemampuan Ali yang boleh beraksi di tiga posisi serangan iaitu sayap kiri, sayap kanan, serta penyerang utama sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin oleh Nidzam Jamil bagi aksi mendatang.

Ali merupakan pemain ketiga dari Jordan yang memperkuatkan Selangor selain Noor Rawabdeh dan Reziq Banihani.