Isu hukuman berat yang dikenakan ke atas Selangor FC oleh Malaysia Football League (MFL) telah menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan susulan ketidakhadiran ketika aksi Piala Sumbangsih.
Malah, ia juga menarik perhatian Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyatakan sokongan terhadap Selangor.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Beliau turut menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kecewa dengan keputusan MFL mengenakan hukuman tidak masuk akal.
“Mereka tidak bersendirian. Percayalah, semua majoriti rakyat Malaysia bersama Merah Kuning. Menjunjung Kasih Tuanku,” tulis Sanusi menerusi laman facebooknya.
Dalam kenyataan semalam, MFL berkata ahli Lembaga pengarah menggunakan “budi bicara” untuk membuat keputusan mengurangkan hukuman denda yang dikenakan ke atas Selangor FC.
Menurut MFL, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 juga dibatalkan.
MFL turut membatalkan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Namun bayaran pampasan kerugian yang perlu dibayar kepada pasukan JDT dan MFL dikekalkan.
“Bagaimanapun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan,” kata MFL.
Selangor FC pula mengesahkan masih belum membuat rayuan rasmi walaupun MFL memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap pasukan itu.