Penyerang berbisa England dan Bayern Munich, Harry Kane telah mengetepikan kapten Liverpool, Virgil van Dijk dan pemain Real Madrid, Antonio Rudiger ketika memilih pertahanan paling sukar yang pernah dihadapinya.
Menurut sumber laporan Goal, Kane telah diberikan pilihan lapan pertahanan tengah yang pernah dihadapinya iaitu Sergio Ramos, Gerard Pique, Virgil van Dijk, Antonio Rudiger, John Terry, Ruben Dias, Giorgio Chiellini dan Mats Hummels.
Baca Juga:
- Harry Kane Dapat Trofi Pertama, Ini Kata-Kata Menyentuh Hati Daripada Rio Ferdinand
- Harry Kane Semakin Hampir Julang Piala Pertama
- Ini Yang Diusahakan Harry Kane Hingga Menyebabkan Kekayaannya Meningkat Dengan Ketara
Selepas melalui format penyingkiran bersama Stat Sports, pemain berusia 31 tahun itu akhirnya memilih legenda Chelsea, John Terry sebagai pertahanan terbaik yang pernah dihadapinya bagi menewaskan Sergio Ramos.
Jadi Pilihan Harry Kane, Apa Keistimewaan John Terry?
Terry jelas mempunyai reputasi hebat bersama Chelsea hingga menjadikannya salah seorang pertahanan tengah terbaik di dunia pada zaman kegemilangannya.
Bijak membaca serta merantai pergerakan penyerang lawan, beliau juga bijak mencuri peluang untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati.
Ia jelas dibuktikan dengan 67 gol disumbangkannya dalam 717 penampilan bersama The Blues.
Diangkat sebagai legenda Chelsea, John Terry membantuk kelab tersebut dalam memenangi lima trofi England Premier League (EPL) dan Piala FA serta masing-masing satu kejuaraan UEFA Champions League dan Europa League.