Perodua dan Maybank Islamic Berhad mengumumkan pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama di negara ini
Pelan pembiayaan yang dikenali sebagai ‘Perodua Flexiplan’ itu dikuasakan oleh Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- Eksklusif: Gambaran Model Pertama Perodua EV 2025

- Beli RM3,363, Wanita Malta Ini Kagum Dengan Keselesaan Perodua Kelisa

- ‘Cukup Sekali’ – Perodua Sangkal Mitos Tekan Butang ‘Push-Start’ 3 Kali Untuk Hidupkan Kereta

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua dan Maybank Islamic kerjasama tersebut bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat terutama pelanggan yang dihargai.
“Kami percaya bahawa dengan sokongan daripada bank terbesar di Malaysia, digabungkan dengan kepercayaan yang sudah kami bina daripada rakyat Malaysia, Perodua Flexiplan akan diterima dengan baik,” katanya di majlis pelancaran Perodua Flexiplan di sini, baru-baru ini.
Boleh tukar kereta Perodua selepas lima tahun
Pelan inovatif itu membolehkan pelanggan menikmati tawaran pembiayaan kenderaan murabahah bertempoh yang sangat kompetitif, dengan bayaran bulanan lebih berpatutan untuk tempoh lima tahun pertama.
Kemudian Perodua akan membeli semula kenderaan pelanggan pada harga kompetitif berbanding nilai pasaran bagi pembelian model baharu jenama itu tertakluk kepada terma dan syarat.
Pada masa sama pelanggan boleh menukar kenderaan mereka kepada model baharu atau mengekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran yang disemak semula.
Empat model boleh dipilih pelanggan di bawah Perodua Flexiplan, iaitu Myvi, Axia (tidak termasuk Axia E), Ativa dan Aruz.
Pada tahun kelima pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kenderaan Perodua sedia ada kepada yang baharu dengan nilai tukar beli itu boleh digunakan untuk mengurangkan bayaran pendahuluan dan memulakan semula tempoh lima tahun terbabit.
Pelanggan diberikan pilihan alternatif lain sama ada mahu mengekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki tertunggak atau melanjutkan pembiayaan sehingga empat tahun lagi di bawah pelan bayaran baharu.