Tanggapan ‘customer is always right’ sememangnya tidak sentiasa betul -terutama jika apa yang dilakukan pelanggan itu adalah melampaui batas seperti berlaku biadap dan menimbulkan perkara atau masalah yang tidak sepatutnya.
Seperti yang berlaku kepada salah seorang penghantar makanan yang tular di media sosial sejak semalam selepas perkongsiannya mengenai pelanggan yang bersikap biadap ketika memesan makanan mula mendapat perhatian netizen.
Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook itu, pelanggan tersebut dipercayai memesan makanan untuk dihantar ke rumahnya, tapi apa yang mengejutkan adalah ia turut disertakan dengan kata-kata kasar dan juga ugutan.
Tidak cukup dengan menyertakan arahan yang biadap dalam pesanan yang dibuatnya, pelanggan tersebut juga turut menghubungi penghantar makanan itu melalui khidmat permesejan yang terdapat dalam aplikasi tersebut.
Mesej-mesej yang dihantar itu sekali lagi mengingatkan penghantar makanan itu untuk menghantar makanan yang dipesannya sehingga ke hadapan rumahnya.
Kami juga manusia
Tindakan biadap pelanggan tersebut menerima reaksi negatif daripada kebanyakan netizen tertutamanya daripada rakan penghantar makanan.
Menurut mereka, pekerja penghantaran makanan juga sepatutnya menerima rasa hormat yang sama sahaja dengan pekerjaan lain dan pelanggan tidak sepatutnya berasa sombong apatah lagi berkelakuan biadap.
Kecewa dengan tindakan pelanggan tersebut, netizen juga dilihat mencadangkan agar penghantar makanan tersebut membuat laporan polis.
Ini kerana pesanan yang dibuat pelanggan itu bukan sahaja mengandungi kata-kata makian tetapi turut mempunyai unsur ugutan yang boleh membahayakan mereka.
Walaupun perkara tersebut mungkin hanyalah gurauan bagi sesetengah pihak terutamanya pelanggan yang membuat pesanan, namun bagi netizen ia perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Jika pernah berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan , pelanggan seharusnya lebih bertimbang rasa terutamanya dengan pematuhan SOP melibatkan COVID-19 ketika ini yang mungkin menyukarkan sedikit urusan penghantaran untuk dilakukan.
Baca juga rungutan netizen yang tidak berpuas hati dengan pemilihan nama kasut terbaru mereka yang dikatakan menyerupai nama malaikat di pautan di bawah.
Tampil Dengan Koleksi ‘Israfil’, Netizen Desak adidas Tukar Nama Model Yeezy Terbaharu
Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng ‘On The Spot’
‘Remove Ajai As A Jury’, Netizen Bandingkan Cara Profesional Juri Di Indonesia Dengan Malaysia