Perjalanan peserta Malaysia, Alyssa dalam Universe Ticket terhenti di episod ketiga apabila dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Menurut pihak produksi, pengunduran Alyssa adalah disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Susulan itu, Alyssa dalam siaran langsung di Instagramnya sempat berkongsi cerita tetapi tidak dapat menahan sebak.

Baca Juga:

Alyssa sempat berkongsi cerita namun tidak dapat menahan sebak dan menangis seketika. Difahamkan, Alyssa akan menyambung pelajarannya selepas ini.

@universeticketrank

I know it supposed to be sad but she makes everyone laugh because she couldn’t find the “end live” button 😂 #ALYSSA #universeticket #universeticket_sbs

♬ original sound – Universe Ticket Rank Today – Universe Ticket Rank Today

Walaupun dia menarik diri dalam rancangan tersebut tetapi dia masih lagi menyimpan harapan untuk terus bergerak aktif dalam industri idola Korea.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya sehingga saat ini. Susulan pengunduran dirinya, para peminat berasa sedih dan berspekulasi bahawa mungkin Alyssa tarik diri sebab tidak ‘diterima mesra’ oleh rakan sekumpulannya.

@lumina_blackswan

she was forced to drop out from the show 😭 #fyp #kpopfyp #universeticket #alyssa #survivalshow #kpopidol #kpopers #foryou #kpop

♬ original sound – Blackswan_lumina – Blackswan_lumina

@amirahwan17

Replying to @김선우 kita taktau apa sebab dia tarik diri so jangan assume bukan2 keep on supporting her okieee no hate just love #alyssauniverseticket #universeticket #universeticket_sbs #universeticket_alyssa

♬ original sound – anonymous – anonymous

Malah, ada juga netizen yang mengatakan pihak produksi TV rancangan itu pilih bulu dan ‘screen time’ Alyssa sikit berbanding ahli lain. Segelintir netizen juga mendakwa mungkin Alyssa dipaksa untuk tarik diri.