Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar jemputan kepada beberapa negara bagi menyertai kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang bakal berlangsung pada bulan September atau Oktober ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Setiausaha Agungnya iaitu Datuk Noor Azman Rahman ketika sidang media yang memperkenalkan barisan pemain dan staf kejurulatihan skuad B-16 Tahun negara di Petaling Jaya baru-baru ini.

Baca Juga:

“Kita sudah menghantar lima ke enam jemputan kepada beberapa negara bagi menyertai kejohanan Pestabola Merdeka 2024. Kita tunggu sehingga hujung bulan ini sekiranya ada pasukan yang berminat.

Pestabola Merdeka 2024: FAM Sudah Mula Hantar Jemputan
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2022. Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman memulakan tugas hari ini pada sidang media di Wisma FAM. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

“Berkenaan India, kami masih belum menerima sebarang maklumat dari pihak mereka. Pasukan yang kami jemput berada di atas kita dan sama taraf dengan kita dari segi ranking. Kami menjemput pasukan dari Asia sahaja bagi edisi kali ini,” katanya.

Sebelum ini, India menyatakan minat untuk kembali menyertai kejohanan itu selepas mengambil bahagian dalam kejohanan edisi tahun lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia berjaya menewaskan India dengan keputusan 4-2 sekaligus mara ke perlawanan akhir. Akan tetapi, skuad Harimau Malaya terpaksa menelan kekecewaan apabila tewas kepada Tajikistan dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan akhir.

Baki tiga lagi jendela FIFA amat penting bagi pasukan negara bagi menentukan kedudukan pot sebelum undian bagi perlawanan pusingan ketiga Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Ketika ini, Malaysia berada di Pot 2 dan wajib meraih mata sebanyak mungkin untuk mengisi Pot 1 sekaligus mempunyai kelebihan pada aksi kelayakan nanti.