Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski mengkritik FAM kerana melakukan kesilapan pentadbiran ketika mengemukakan dokumen yang menyebabkan 7 pemain warisan dikenakan tindakan oleh FIFA.
Cklamovski turut mempertahankan Tunku Ismail Sultan Ibrahim ataupun TMJ.
Dalam kenyataannya – seperti dilaporkan NST– selepas kemenangan ke atas Laos, Cklamovski berkata: “Walaupun dengan bunyi bising di luar pada ketika ini, kami berjaya mengawal apa yang kami boleh kawal.

“Daripada apa yang saya difahamkan, banyak kritikan negatif ditujukkan kepada Tunku Ismail. Tanpa Tunku Ismail, bola sepak Malaysia ini sudah terkubur. TMJ seorang ‘visionary leader’.
“Siapa yang mendapatkan dana daripada Perdana Menteri? Ianya TMJ bukannya FAM.”
“Siapa yang menaikkan standard, memastikan kami terbang dengan pesawat yang ditempah seperti mana pasukan profesional dipersiapkan dengan sebaiknya untuk perlawanan sukar, dan terus terbang kembali ke Kuala Lumpur?
“Semuanya [atas usaha] Tunku Ismail. Sokongan yang baginda berikan kepada kami untuk berada dalam keadaan terbaik dan beroperasi secara profesional, semua itu kerana baginda.
“Semua kecelaruan yang berlaku dengan FIFA, kesilapann pentadbiran, atau apa sahaja yang berlaku di sana, itu atas FAM, bukannya Tunku Ismail.
#NSTTV National head coach Peter Cklamovski has bluntly blamed the FA of Malaysia (FAM) for the administrative blunder that led to FIFA's sanctions against seven heritage players and the national football body.
At the same time, Cklamovski came to the defence of Tunku Ismail… pic.twitter.com/m3GgIg6GGZ
— New Straits Times (@NST_Online) October 10, 2025
“Saya akan menujukan mesej yang kuat kepada semua rakyat Malaysia, tanpa Tunku Ismali, bola sepak Malaysia berkubur. Saya cakap sampai di situ sahaja.
Peter Cklamovski gembira dengan kemenangan 3-0 ke atas Laos yang dianggap khas untuk rakyat Malaysia
“Perlawanan ini untuk rakyat Malaysia. Kami mahu memberikan harapan dan inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan cara kami bermain bola.
“Untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kita semua boleh mencapai sesuatu yang istimewa,” katanya lagi sambil menyatakan rasa bangga kepada pemain pemainnya.
Arif Aiman Ucap Terima Kasih TMJ Dan Titipkan Sokongan Kepada 7 Pemain Warisan