Kita sedia tahu peribadi Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang lantang dan jujur dalam menyampaikan pandangannya.

Baik dari segi sukan, ekonomi, mahupun politik. TMJ tidak pernah berselindung. Beliau jujur dalam menyampai kata-katanya.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Ironinya, selepas salah seorang ahli politik didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di atas 4 pertuduhan yang berat, TMJ telah bertindak memuat naik satu kata-kata dari Tupac Shakur.

Di dalam muat naik terbaharunya di akaun media sosial X, TMJ menulis, “Love this quote by Tupac Shakur. “Life is a wheel of fortune and it’s my time to spin it.” atau dalam bahasa melayu, “Hidup adalah sebuah roda takdir dan kini masa saya untuk memutarnya.”

Apa yang menjadi perbualan netizen adalah TMJ memuat naik hantaran terbabit di tengah-tengah isu di mana salah seorang ahli politik disabitkan bersalah oleh Mahkamah.

Kata-kata yang dimuat naik tidak lama selepas beberapa jam isu ini tengah panas, ia telah menimbulkan pelbagai persoalan di dada media sosial.

Antaranya netizen mempersoalkan kepada siapakah kata-kata ini ditujukan? Dan adakah ia mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung?

Ini ditambah pula dengan beberapa episod di mana rakyat Malaysia tahu bahawa hubungan TMJ dengan salah seorang ahli politik tersebut tidak baik, dan TMJ pernah menggelarnya sebagai ‘drama queen’ dan ‘fake’.

Bagaimanapun, netizen boleh berspekulasi, namun jawapan kepada persoalan ini hanya TMJ sahaja yang tahu.