Baru-baru ini PETRONAS mengumumkan ketibaan kapal Ocean Thunder di Malaysia. Kapal tersebut membawa 1 juta tong minyak mentah dari Basrah, Irak.
Menerusi infografik yang dikongsikan, 1 juta tong minyak mentah itu mengandungi kira-kira 159 juta liter.
Daripada jumlah tersebut, ia dapat menghasilkan kira-kira:
1. 62-64 juta liter diesel
2. 45-48 juta liter petrol
3. 22-24 juta liter bahan api pesawat
4. 4-5 juta liter LPG
5. 18-25 juta liter untuk kegunaan lain-lain.
Tempoh penapisan minyak mentah mengambil masa kira-kira 6 hari.
Berapa penggunaan harian bahan api Malaysia?
Menurut PETRONAS, Malaysia secara puratanya menggunakan kira-kira 112 juta liter bahan api setiap hari.
Dalam tempoh satu hari, Malaysia menggunakan:
1. 34 juta liter diesel
2. 46 juta liter petrol
3. 12 liter bahan api pesawat
4. 20 juta liter LPG
Angka tersebut didapatkan daripada Wood Mackenzie (2025).
Malaysia peroleh bekalan api daripada pelbagai sumber
“Ocean Thunder hanya membawa sebahagian daripada 38% import minyak mentah engara yang melalui Selat Hormuz.
“Bekalan bahan api Malaysia turut diperoleh daripada pelbagai sumber lain dalam rangkaian PETRONAS yang luas,” jelasnya lagi.
Kepelbagaian sumber bahan api itu mengesahkan bekalan mencukupi di stesen-stesen PETRONAS sehingga hujung Jun 2026.