Menara Berkembar Petronas merupakan antara pusat tumpuan pelancong. Tahukah anda bahawa jambatan yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 boleh dikunjungi oleh orang awam?
Ini masanya untuk anda kunjungi Petronas Skybridge untuk melihat keindahan kota dan juga mengetahui sedikit sebanyak sejarah Menara Berkembar Petronas. Difahamkan, harga tiket masuk Petronas Skybridge kini ditawarkan pada harga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Murah, bukan? Rugi jika anda tidak rebut peluang ini dan inilah peluang anda bercuti dalam Malaysia. Bagi anda yang berminat untuk rebut peluang ini, anda boleh dapatkan tiket secara walk-in sahaja.
Petronas Skybridge ini dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 11 pagi hingga 4 petang. Jangan lupa temujanji kita di sana.
Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan destinasi yang anda boleh kunjungi ketika hujung minggu. Klik sahaja pautan di bawah ini.
5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda
5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota
4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson