Gary Neville tanpa berselindung menegaskan bahawa kapten Manchester United, Bruno Fernandes seharusnya menerima kad kuning berikutan insiden melibatkannya dengan Phil Foden pada aksi English Premier League (EPL) 2026/27 awal pagi tadi.

Insiden tersebut menyaksikan Foden terus dilayangkan kad merah pada minit ke-23 selepas pemain tengah Manchester City itu melakukan tindak balas selepas dikasari Fernandes.

Foden menjadi pemain kedua Manchester City dalam sejarah EPL yang dilayangkan kad merah dalam aksi derbi Manchester, selain yang pertama sejak Bernardo Corradi melakukannya pada 2006.

Neville jelas bersetuju dengan tindakan pengadil perlawanan, Micheal Oliver, namun beliau merasakan Fernandes turut perlu dipersalahkan dalam keadaa tersebut.

Insiden Dengan Phil Foden: Gary Neville Terkejut Bruno Fernandes Tak Dapat Kad Kuning
Kredit Foto: Paul ELLIS / AFP

Insiden Phil Foden, Bruno Fernandes Curi Perhatian

“Oh tidak, dia memang tidak menerimanya, Foden, VAR perlu menelitinya,” kata Neville menurut sumber laporan Goal.

“Nampaknya Foden bertindak balas. Itu jelas satu tendangan ke bahagian perut. Dia tidak akan terlepas daripada hukuman. Ia seperti dia menguis kakinya keluar kerana geram, bukan?”

“Ia adalah satu situasi yang apabila anda melihatnya semula sebagai Phil Foden dan terfikir: kalau saya memang akan dilayangkan kad merah, baik saya tendang dia dengan lebih kuat! Ia cuma reaksi kecil kerana geram. Dia telah ditendang ketika berada di atas padang.”

“Pasti satu detik yang menyakitkan buat Foden apabila terpaksa melalui terowong panjang itu.”

“Saya terkejut Fernandes tidak dilayangkan kad kuning kerana tendangan ketika berada di atas padang. Dia sememangnya telah mencetuskan reaksi daripada Foden yang akhirnya menguntungkan rakan-rakan sepasukannya.”

Sumber