Siapa sahaja tidak mengenali, karakter Phua Chu Kang yang dibawakan oleh Gurmit Singh yang mana telah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia sewaktu tahun 2,000-an.

Setelah sekian lama telah menamatkan karier televisyen sepenuh masa pada tahun 2014, kini beliau dilihat membuat kemunculan terbaharunya di Malaysia menerusi sebuah video di TikTok.

Di dalam video itu, seorang TikToker tempatan iaitu danieldiskl telah menemui pelakon tersohor itu di sebuah kedai makanan di Kuala Lumpur.

Sewaktu sesi pertemuan tersebut, TikToker itu sempat menanyakan nasi lemak dari Malaysia atau Singapura menjadi pilihan oleh pelakon itu, ternyata dia menjawab dengan yakin bahawa nasi lemak dari Malaysia paling disukai.

“Nasi lemak mana yang anda sukai, Malaysia ata Singapura?

“Malaysia, awak nampak tiada teragak-agak (dalam jawapan),” jawab dengan yakin oleh pelakon berasal dari Singapura itu.

Dalam pada itu, dia dilihat bersahaja membuat order dengan menambah pelbagai lauk termasuklah bergedil dan ayam goreng seperti mana yang biasa dibuat oleh warga tempatan.

Selain membuat pengakuan nasi lemak yang disukai dari negara ini, dia juga tidak kekok makan menggunakan tangan sekaligus telah meraih perhatian netizen.

@danieldineskl

Brought Phua Chu Kang to eat our local Malaysian Nasi Lemak. His NEW comedy show is coming on 20th and 21 July 2024 at HGH Convention Centre, Kuala Lumpur #phuachukang #laughdieyou #gurmitsingh #herosingh

♬ original sound – danieldineskl – danieldineskl

Ramai meluahkan keterujaan dapat melihat semula pelakon lagenda itu malah memberi pujian kepadanya kerana makan menggunakan tangan seperti orang lokal.

Sumber Gambar: TikTok @danieldineskl
Sumber Gambar: TikTok @danieldineskl

Tidak hanya nasi lemak, dia turut mendedahkan menyukai mee hokkien dan nasi ayam yang dimasak di Malaysia. Difahamkan dia datang ke Malaysia untuk mempromosikan rancangan komedi terbaharunya yang akan berlangsung pada 20 Julai dan 21 Julai kelak di Kuala Lumpur.