Skuad kebangsaan Cambodia menyenaraikan enam pemain naturalisasi bagi menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 yang akan bermula pada 8 Disember ini.

Ketua jurulatih pasukan, Koji Gyotoku telah menyenaraikan pemain yang akan membawa cabaran pasukan dalam saingan edisi kali ini dan beliau memutuskan untuk membawa enam pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan.

Baca Juga:

Antara yang dipanggil ialah tiga pemain kelahiran Jepun iaitu pemain tengah, Yudai Ogawa dan Takaki Ose dari Phnom Penh Crown serta pemain pertahanan Mizuno Hikaru dari Preah Khan Reach Svay Rieng.

Tiga lagi pemain yang dipanggil dalam skuad kali ini ialah Abdel Kader Coulibaly yang dilahirkan di Ivory Coast, Rafael Andres Nieto Rondon yang berasal dari Colombia dan pertahanan kelahiran Afrika Selatan, Mohammed Faeez Khan.

Selain enam pemain di atas, Gyotoku Koji juga memanggil 20 pemain yang beraksi di liga tempatan untuk menghadapi saingan edisi 2024.

Antara pemain yang dipanggil dari kelab tempatan termasuk Hul Kim Huy, Leng Nora, In So David, Sar Ratana, Sar Ty dan Sin Kakula dari Visakha; Soeut Phrai, Ye Muslim, On Chanpolin, dan Lim Pisoth dari Phnom Penh Crown; Virak Dara, Soeuy Visal, Sareth Kriya, Nick Taylor, dan Kim Sokyut dari Preah Khan Reach Svay Rieng; Taing Bun Chhay dan Sieng Chanthea dari Boeung Ket; Hav Soknet daripada ISI; dan Reth Liheng dari NagaWorld.

Kemboja akan memulakan saingan dengan turun menentang Malaysia di laman sendiri iaitu Stadium Nasional Olimpik yang baru dinaik taraf pada 8 Disember ini.