Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 – Malaysia vs Singapura [20 Disember 2024, 9:00 malam – Stadium Nasional Bukit Jalil]

Skuad negara berdepan misi ‘hidup atau mati’ pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan negara jiran, Singapura malam ini.

Baca Juga:

Hanya kemenangan akan membawa skuad kendalian Pau Marti Vicente ke separuh akhir edisi yang sudah memasuki tahun ke-15 itu.

Sehubungan dengan itu, ia pastinya akan menarik minat jutaan pencinta bola sepak tanah air untuk hadir ke Bukit Jalil bagi memberikan sokongan.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan perlawanan menarik ini di kaca televisyen atau secara dalam talian.

Siaran langsung di Malaysia pada malam ini hanya akan disiarkan di Astro Arena dan anda turut boleh menyaksikan perlawanan ini sekiranya mempunyai akses Astro Go dan Sooka.

Link siaran langsung:

  1. Astro Arena dan Sooka
  2. YouTube ASEAN United FC ( Gunakan VPN)

Sekiranya tidak melanggan pakej Astro atau Sooka, anda masih boleh menyaksikan perlawanan Malaysia bertemu Singapura ini secara percuma.

Anda hanya memerlukan akses Virtual Private Network (VPN) dan menyaksikannya di laman Youtube ASEAN United FC.

Selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum ini, Malaysia berada di tangga keempat dengan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan untuk mengumpul empat mata.

Thailand yang menghuni tangga teratas akan bertemu Kemboja dan pastinya penyokong Malaysia mengharapkan skuad Gajah Perang itu mencatatkan kemenangan.

Hal ini kerana Kemboja turut mengumpul empat mata dan jumlah jaringan gol, dibolosi serta defisit jaringan mereka turut terikat dengan skuad negara.

Jadi sekiranya Kemboja melakukan kejutan ke atas Thailand, Malaysia perlu untuk menang lebih besar ke atas Singapura.

Senario yang kelihatan agak mustahil tetapi dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger dan Piala AFF Suzuki sudah memasuki edisi ke-15 dengan Thailand merupakan juara terbanyak kejohanan dengan tujuh kali bergelar juara.