Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 – Thailand vs Malaysia [14 Disember 2024, 9:00 malam – Stadium Rajamangala, Bangkok]

Selepas menghadapi dua perlawanan yang dilihat kurang memuaskan ketika berdepan Kemboja dan Timor-Leste, barisan pemain negara akan menghadapi pasukan terkuat kumpulan A, Thailand di gelanggang lawan.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, ia pastinya akan menarik minat jutaan pencinta bola sepak tanah air untuk menonton aksi tersebut walaupun jarak Stadium Rajamangala beribu batu jauhnya.

Siaran langsung di Malaysia pada malam ini hanya akan disiarkan di Astro Arena dan anda turut boleh menyaksikan perlawanan ini sekiranya mempunyai akses Astro Go dan Sooka.

Link siaran langsung:

  1. Astro Arena dan Sooka
  2. YouTube ASEAN United FC ( Gunakan VPN)

Sekiranya tidak melanggan pakej Astro atau Sooka, anda masih boleh menyaksikan perlawanan Thailand bertemu Malaysia ini secara percuma.

Anda hanya memerlukan akses Virtual Private Network (VPN) dan menyaksikannya di laman Youtube ASEAN United FC.

Selepas mengharungi dua perlawanan sebelum ini, Malaysia berada di tangga teratas dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Bagaimanapun dua pasukan yang pernah mengecapi nikmat selaku juara iaitu Thailand dan Singapura masih kekurangan satu perlawanan berbanding Malaysia.

Berdasarkan kepada dua perlawanan tersebut, Paulo Josue bersama-sama Syafiq Ahmad, Stuart Wilkin dan Fergus Tierney telah meletakkan nama selaku penjaring buat skuad negara.

Selepas bertemu Thailand, skuad negara akan kembali ke tanah air untuk berhadapan dengan Singapura untuk aksi terakhir yang dijadualkan berlangsung padea 20 Disember nanti.

Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger dan Piala AFF Suzuki sudah memasuki edisi ke-15 dengan Thailand merupakan juara terbanyak kejohanan dengan tujuh kali bergelar juara.