Impian Korea Selatan mara hingga ke final Piala Asia 2023 semakin menjadi kenyataan selepas menewaskan Australia 2-1 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Qatar.
Ketika perlawanan itu, Australia terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi rembatan voli Craig Goodwin dalam kawasan kotak penalti pada minit ke 42 .
Baca Juga:
- Peminat Korea Selatan Cadang Arif Aiman Beraksi Di Liga UAE
- Piala Asia 2023: Australia Ke Suku Akhir, Mudah Benam Cabaran Indonesia
- Piala Asia 2023: Korea Selatan Hantar Arab Saudi Pulang
🇦🇺🇦🇺 CRAIG GOODWIN!
Austrália vencendo a Coreia do Sul por 1×0 com esse belo gol do monstro!
— Central do Arabão (@centraldoarabao) February 2, 2024
Sebelum itu, Korea Selatan nyaris memperolehi gol pertama menerusi Hwang Hee Chan namun ia dibatalkan oleh pengadil kerana disahkan berada dalam kedudukan ‘offside’.
Skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu cuba bangkit mencari jaringan penyamaan pada separuh masa kedua namun mereka kelihatan sukar menembusi benteng pertahanan Australia yang beraksi dengan cukup berdisplin.
Australia juga hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke 84 namun malangnya tandukan Mitchell Duke gagal menemui sasaran.
Ketumpulan penyudah memaksa Klinsmann melakukan beberapa pertukaran pemain termasuk mengeluarkan penyerang utama, Cho Gue-sung.
Percaturan itu tampak membuahkan hasil apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Korea Selatan pada minit ke 90+6.
Tanpa melakukan kesilapan, Hwang Hee Chan menyempurnakan sepakan penalti untuk jaringan penyamaan sekaligus memaksa perlawanan diheretkan ke masa tambahan.
Hwang Hee Chan scores the 96th minute penalty to keep South Korea in the game 🇰🇷 pic.twitter.com/PfKQqTvoMu
— 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐋𝐅𝐏𝐀𝐂𝐊™️ (@Wolfpackwwfc) February 2, 2024
Gol itu turut memberikan semangat tambahan kepada Korea Selatan untuk terus memburu jaringan kedua tanpa perlu melalui penentuan sepakan penalti.
Pada minit 102, Stadium Al Janoub sekali lagi bergema dengan sorakan ribuan penyokong apabila Son Heung-Min menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik yang mudah menewaskan Mathew Ryan.
THERE WILL NEVER BE ANOTHER SON HEUNG MIN. EXTRA TIME WONDERGOALLLLLLLLLLL THE GREATEST EVER pic.twitter.com/DovDpEZ7h6
— Andy (FPL Sonaldo) (@FPL_Sonaldo) February 2, 2024
Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan Korea Selatan berada dalam kelompok 4 terbaik Piala Asia 2023.
Mereka akan bertemu Jordan di peringkat separuh akhir yang berlangsung hari Selasa, 6 Februari 2024.