Kelibat pemain tengah JDT, Natxo Insa mungkin dapat disaksikan dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Bahrain pada hari sabtu ini.
Ini kerana pemain yang berusia 37 tahun itu sudah mula menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan dan khidmatnya dijangka ditagih bagi menggantikan tempat Afiq Fazail yang mengalami kecederaan.
Baca Juga:
- Ini Cerita Bagaimana Penyokong Malaysia Yang Cacat Penglihatan Menonton Bola Di Qatar
- Peminat Puji Tindakan Bank Muamalat Benarkan Staff Pakai Jersi Harimau Malaya
- Piala Asia 2023: Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Harimau Malaya Di Seluruh Negara
Natxo Insa ready, dijangka diturunkan bertemu Bahrain. Afiq Fazail tak sertai latihan, difahamkan alami kecederaan. @ASTROARENA pic.twitter.com/77Tja2yIRM
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 17, 2024
Pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas pemain Levante itu boleh digunakan untuk membantu jentera tengah Harimau Malaya merencanakan serangan demi memburu tiga mata penuh.
Selain Natxo Insa, dua lagi pemain tengah yang boleh diturunkan ialah Brendan Gan dan Syamer Kutty Alba. Dua pemain ini juga memiliki pengalaman bertemu Bahrain ketika aksi kelayakan Piala Asia.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjelaskan beliau akan memperbetulkan segala kelemahan yang berlaku ketika tewas 0-4 kepada Jordan.
“Kami kena mencuba, apa yang sudah kami lakukan dua tahun sebelum ini, kami mahu lakukan yang sama. Ini pengajaran yang berguna buat kami (tewas kepada Jordan) dan kami akan memperbetulkan secepat mungkin.
“Kami ada dua perlawanan lagi menentang Bahrain dan kemudian Korea Selatan. Kami akan perbaiki untuk tampil dengan persembahan lebih baik,” katanya
Pertembungan dengan Bahrain merupakan aksi hidup mati Harimau Malaya. Jika tewas, peluang skuad kendalian Kim Pan Gon mara ke pusingan kalah mati sangat tipis apatah lagi bakal bertemu Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan.