Malaysia tekad buru kemenangan dalam perlawanan kedua kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Bahrain di Stadium Jassium Bin Hamad malam esok.

Kekalahan 0-4 kepada Jordan telah memberikan pengajaran berguna dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dijangka melakukan perubahan dari segi taktikal serta barisan pemain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Justeru itu, mereka bakal tampil lebih garang untuk mengelakkan kekalahan kali kedua sekaligus menghidupkan peluang mara ke pusingan 16.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Bahrain:

(Formasi: 4-3-3)

Kim Pan Gon dijangka kembali menggunakan formasi 4-3-3 dan ia juga akan berubah kepada 5-3-2 untuk bertahan.

Rombakan kemungkinan besar akan berlaku di bahagian tengah dengan Natxo Insa bakal diletakkan dalam kesebelasan utama bagi menggantikan tempat Afiq Fazail yang dipercayai mengalami kecederaan.

Selain Insa, Kim Pan Gon turut memiliki dua lagi calon pilihan di posisi tengah bertahan iaitu Brendan Gan dan Syamer Kutty Abba. Brendan dijangka turun beraksi berdasarkan pengalaman luasnya di pentas antarabangsa.

Bahagian serangan juga akan berlaku perubahan untuk menghadapi Bahrain. Trio gandingan serangan seperti Darren Lok, Faisal Halim dan Arif Aiman bakal dipertaruhkan untuk aksi menentang Bahrain.

Romel Morales yang tidak menjadi ketika perlawanan menentang Jordan berpotensi dimasukkan sebagai ‘super sub’ ketika separuh masa kedua nanti.

Corbin Ong dan Matthew Davies sudah tentu akan menjadi pilihan Kim Pan Gon untuk mengisi posisi pertahanan kiri serta kanan sambil dibantu oleh Dion Cools dan Shahrul Saad.