Kempen Piala Asia 2023 akan memasuki peringkat kalah mati bermula Ahad ini yang menyaksikan perlawanan ketiga bagi kumpulan E dan F berakhir sebentar tadi.
Ia juga sekali gus menoktahkan tanda tanya para peminat bola sepak seluruh Asia mengenai pasukan mana yang berjaya melangkah ke pusingan 16.
Melihatkan kepada kedudukan terakhir, Qatar cemerlang untuk mara selaku juara kumpulan A dengan sembilan mata diraih manakala Tajikistan mengekori dengan ketinggalan lima mata.
Australia dan Uzbekistan pula menjadi wakil kumpulan B dengan skuad kendalian Graham Arnold itu muncul juara kumpulan dengan tujuh mata.
Bagi kumpulan C, Iran jelas sukar digugat dengan sembilan mata diraih. Kedudukan kedua pula menjadi milik Emiriah Arab Bersatua (UAE) dengan kelebihan defisit jaringan walaupun terikat empat mata bersama pasukan tangga ketiga, Palestin.
Iraq yang mengejutkan Jepun pada aksi kedua tempoh hari menggungguli kumpulan D dengan sembilan mata. Sementara itu, Jepun pula berada di kedudukan kedua dengan enam mata.
Jaringan lewat permainan Romel Morales yang mengikat Korea Selatan menyaksikan Bahrain melonjak ke tangga teratas kumpulan E dengan enam mata manakala anak buah Jurgen Klinsmann mara selaku naib juara hasil lima mata dikumpul.
Arab Saudi yang terikat tanpa jaringan pada aksi terakhir bertemu Thailand muncul juara kumpulan F. Sementara itu, Thailand pula di kedudukan kedua dengan satu kemenangan dan dua keputusan seri bagi mengumpul lima mata.
Empat pasukan terbaik di kedudukan ketiga
Perebutan empat pasukan yang berada di kedudukan ketiga untuk mara ke pusingan kalah mati juga tidak kurang hebatnya.
Menarik untuk diperkatakan, empat pasukan tangga ketiga yang berjaya mendapatkan empat mata berjaya meneruskan kemaraan.
Empat pasukan yang dimaksudkan ialah Jordan (kumpulan E), Palestin (kumpulan C), Syria (kumpulan B) dan Oman daripada kumpulan F.
Empat pasukan yang dimaksudkan ialah Jordan (kumpulan E), Palestin (kumpulan C), Syria (kumpulan B) dan Indonesia daripada kumpulan D.
Rezeki jelas memihak Indonesia apabila pencabar terdekat mereka, Oman hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kyrgyzstan, sebentar tadi.
Kemaraan buat pertama kali dalam sejarah itu menyaksikan Indonesia mengiringi Thailand sebagai wakil Asia Tenggara (ASEAN).
Jadual penuh perlawanan pusingan 16 Piala Asia 2023
Tajikistan lawan UAE
Iraq lawan Jordan
Australia lawan Indonesia
Saudi Arabia lawan Korea Selatan
Iran lawan Syria
Bahrain lawan Japan
Qatar lawan Palestine
Uzbekistan lawan Thailand