Perjalanan Amerika Syarikat di Piala Dunia 2026 akhirnya terhenti di laman sendiri apabila dibelasah Belgium 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Seattle.

Perlawanan ini diselubungi kontroversi sebelum sepak mula apabila FIFA membenarkan Folarin Balogun selepas penggantungan 1 perlawanan pemain itu ditangguhkan.

Ia mengundang kritikan daripada ramai pihak terutama sekali daripada RBFA.

Belgium belasah AS

Belgium bermula garang apabila Charles De Ketelaere meledak gol pembukaan seawal minit ke-9.

Amerika sempat menghidupkan harapan menerusi sepakan percuma Malik Tillman pada minit ke-31.

Namun kegembiraan itu hanya bertahan dua minit apabila De Ketelaere sekali lagi menghukum pertahanan longgar tuan rumah untuk mengembalikan kelebihan Belgium.

Memasuki babak kedua, Belgium terus menguasai permainan. Hans Vanaken memanfaatkan kesilapan penjaga gol Matt Freese untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Romelu Lukaku melengkapkan malam cemerlang Belgium dengan gol pada masa kecederaan.

De Ketelaere muncul bintang perlawanan dengan dua gol dan satu bantuan jaringan, manakala Belgium mempamerkan aksi jauh lebih tersusun berbanding Amerika yang gugup sepanjang perlawanan.

Kekalahan ini turut menyaksikan semua tiga negara tuan rumah – Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada – sudah tersingkir daripada kejohanan. Belgium kini akan berdepan Sepanyol di suku akhir.