Status Mexico sebagai salah satu tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026 kini berada dalam ketidakpastian susulan letusan keganasan kartel dadah yang serius.

Insiden ini bermula pada beberapa hari lalu selepas kematian Nemesio Oseguera Cervantes, yang dikenali sebagai ‘El Mencho’, pemimpin kartel Jalisco New Generation (CJNG), dalam sebuah operasi ketenteraan.

Piala Dunia 2026 Dalam Bahaya? Kematian 'El Mencho' Cetus Keganasan Melampau Di Mexico
Sumber Gambar: X

Sebagai tindak balas terhadap kematian pemimpin mereka, ahli kartel melancarkan serangan balas dengan membakar kenderaan, menyekat jalan raya, dan bertempur dengan pihak tentera.

Keganasan ini berpusat di negeri Jalisco dan ibu kotanya, Guadalajara, yang dijadualkan menjadi lokasi bagi empat perlawanan Piala Dunia musim panas ini.

Piala Dunia 2026 Dalam Bahaya? Kematian 'El Mencho' Cetus Keganasan Melampau Di Mexico
Sumber Gambar: MS NOW

Pihak berkuasa telah mengisytiharkan situasi keselamatan ‘kod merah’ di kawasan tersebut. Selain Guadalajara, lima lagi perlawanan dijadualkan berlangsung di Mexico City, manakala empat lagi di Monterrey

Beberapa perlawanan Liga MX dan divisyen kedua terpaksa ditunda atas faktor keselamatan, manakala perlawanan persahabatan antarabangsa antara Mexico dan Iceland turut diragui statusnya.

Piala Dunia 2026 Dalam Bahaya? Kematian 'El Mencho' Cetus Keganasan Melampau Di Mexico
This photograph shows a sign at the entrance of the FIFA’s Home of Football during the 2026 FIFA World Cup European Play-Off draw in Zurich on November 20, 2025. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP)

Di media sosial, peminat bola sepak global mula mendesak FIFA agar memindahkan perlawanan ke Amerika Syarikat atau Kanada demi menjamin keselamatan.

Pembantu profesor dalam perundangan jenayah, Dr Javier Eskauriatza, menyatakan bahawa kekosongan kuasa akibat kematian El Mencho berisiko mencetuskan ketidakstabilan berpanjangan apabila pesaing berebut kuasa.

Situasi ini memaksa kerajaan Amerika Syarikat menasihati rakyatnya di Jalisco untuk berlindung, manakala Kanada telah membatalkan penerbangan ke beberapa kawasan terjejas.

Setakat ini, FIFA belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung potensi pemindahan lokasi perlawanan.

Namun, dengan kejohanan yang berbaki kurang empat bulan, Mexico kini berdepan tekanan kritikal untuk memulihkan keamanan dan meyakinkan dunia bahawa mereka mampu menjadi tuan rumah yang selamat.

Sumber