Perlawanan Piala Dunia 2026 antara Korea Selatan dan Republik Czech di Guadalajara, Mexico mencetuskan perdebatan hangat apabila ribuan kerusi kosong kelihatan jelas di stadium walaupun FIFA mendakwa kehadiran rasmi mencecah 44,985 penonton.
Menurut angka rasmi, jumlah itu hanya sekitar 679 tempat duduk kurang daripada kapasiti penuh stadium yang boleh memuatkan lebih 45,000 penonton. Namun, siaran televisyen dan gambar-gambar dari stadium menunjukkan banyak ruang kosong, terutamanya di kawasan tempat duduk premium dan hospitaliti.
Membuatkan ramai menyatakan bahawa angka 45,000 adalah dinyatakan berlebihan.
Harga tiket mahal jadi punca?
Situasi tersebut kembali menimbulkan persoalan mengenai strategi harga tiket FIFA untuk Piala Dunia 2026. Ramai penyokong berpendapat harga tiket yang terlalu mahal menjadi punca utama kurangnya sambutan bagi perlawanan yang tidak melibatkan pasukan tuan rumah atau gergasi dunia.
THIS IS WHAT TRUMP AND INFANTINO CONSIDERS AS A HUGE SUCCESS 👇🤡🙄🤦 pic.twitter.com/BuwXiUGkDq
— Glenn Tunes (@glenn_tunes) June 12, 2026
Kumpulan penyokong Football Supporters Europe (FSE) sebelum ini turut memberi amaran bahawa harga tiket yang dianggap terlalu tinggi boleh menghalang peminat biasa daripada hadir ke stadium.
Menurut mereka, harga tiket bagi kejohanan kali ini meningkat sehingga lima kali ganda berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.
Infantino: Mana ada mahal?
Presiden FIFA, Gianni Infantino, bagaimanapun mempertahankan dasar harga tersebut dengan menyatakan bahawa kos tiket masih setanding dengan acara sukan bertaraf dunia yang lain. Beliau juga menegaskan FIFA telah menjual lebih enam juta tiket dan permintaan keseluruhan untuk kejohanan ini masih sangat tinggi.
Agak ironi kerana Infantino sendiri duduk di sebelah kerusi kosong.
Di media sosial dan forum penyokong, ramai peminat meluahkan rasa kecewa kerana melihat kerusi kosong pada hari-hari awal kejohanan terbesar bola sepak dunia itu. Ada yang menyalahkan harga tiket, manakala sebahagian lagi berpendapat aktiviti penjualan semula tiket dan pakej hospitaliti yang terlalu mahal turut menyumbang kepada keadaan tersebut.
Walaupun isu kehadiran menjadi perhatian, aksi di atas padang tetap menghiburkan apabila Korea Selatan bangkit menewaskan Republik Czech 2-1 dalam perlawanan Kumpulan