Tiada ulangan keputusan aksi pembukaan 2010 yang lalu apabila Mexico meraih 3 mata penuh di hadapan puluhan ribu penyokong mereka di stadium keramat Azteca.
Mexico bermula dengan langkah kanan untuk aksi pembukaan Piala Dunia 2026.
Tuan rumah di hadapan seawal minit ke-9 menerusi Julian Quinones. Ianya berpunca daripada kesilapan penjaga gol Afrika Selatan yang melakukan hantaran lemah dan dirampas oleh pemain Mexico yang mengenakan ‘high pressing’.
π²π½ JuliΓ‘n QuiΓ±ones joins a very special group of players to score the opening goal at the World Cup.
The past 8 World Cups:
1998 β π§π· CΓ¨sar Sampaio
2002 β πΈπ³ Papa Bouba Diop
2006 β π©πͺ Philipp Lahm
2010 β πΏπ¦ Siphiwe Tshabalala
2014 β π§π· Marcelo
2018 β π·πΊ Yuri Gazinski
2022 ββ¦ pic.twitter.com/63Z2b2rkv2— Football Tweet β½ξ¨ (@Footballtweet) June 11, 2026
Mexico tampil lebih dominan pada separuh masa pertama dengan Afrika Selatan buntuk untuk melakukan serangan balas.
Minit ke-50, Afrika Selatan terpaksa bermain 10 pemain selepas Sithole dibuang padang.
Sphephelo Sithole is the first player to be sent off in the World Cup's opening game since Marco Etcheverry for Bolivia against Germany in 1994.
(@will_jeanes) pic.twitter.com/uDDIVyXuE5
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 11, 2026
Bintang utama Mexico, Raul Jimenez membuktikan kenapa dia menjadi ayam tambatan negaranya dengan gol kedua.
Jimenez menerima hantaran Roberto Alvarado dan terus melakukan rembatan kemas menerjah gawang pada minit ke-67.
Raul Jimenez scores his first World Cup goal.
The 35-year-old heads home to double Mexico's lead against South Africa.
A jubilant Estadio Azteca celebrates the leader of their attack, who adds another inspiring chapter to his story following his recovery from a life-threatening⦠pic.twitter.com/zGha3iMtev
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 11, 2026
Afrika Selatan kemudian menukar formasi kepada bek berempat daripada sistem asal bek berlima.
Pada minit ke-84, seorang lagi pemain Afrika Selatan dibuang padang iaitu Themba Zwane.
π¨ ZWANE COULD NOT UNDERSTAND A WORD FROM WHAT THE REFEREE WAS SAYING! π
But, HE IS OFF! π₯πΏπ¦ pic.twitter.com/FHy21GHwlu
— Polymarket FC (@PolymarketFC) June 11, 2026
Pada masa kecederaan, Mexico pula dikurangkan kepada 10 pemain apabila Cesar Montez melakukan kesalahan sebagai pertahanan akhir.
π¨ ππ₯πππππ‘π: RED CARD CESAR MONTES! pic.twitter.com/klciRF6W0d
— The Touchline | π (@TouchlineX) June 11, 2026
Tamat perlawanan, Mexico 2 Afrika Selatan 0. Ianya kemenangan selayaknya untuk Mexico yang melakukan 15 percubaan ke arah gawang lawan berbanding hanya 4 daripada Afrika Selatan.