Tamatnya aksi terakhir pusingan 32 saingan Piala Dunia 2026 sebentar tadi menyaksikan kemenangan 1-0 Colombia ke atas Ghana telah melengkapkan senarai pasukan yang berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan 16.

Saingan yang pastinya lebih sengit dan penuh debaran itu bakal bermula awal pagi esok.

Dapat disaksikan tiada wakil dari benua Asia meneruskan cabaran selepas Jepun tewas 1-2 di tangan Brazil manakala Australia pula kecundang 2-4 menerusi sepakan penalti ketika berhadapan dengan Mesir.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Jerman yang bermula dengan cukup baik akhirnya terpaksa melupakan saingan Piala Dunia dengan lebih awal selepas tewas kepada Paraguay menerusi sepakan penalti.

Sementara kekalahan Belanda bukanlah satu perkara yang begitu mengejutkan kerana mereka tumpas kepada pasukan di ranking keenam dunia, Maghribi juga menerusi penentuan sepakan penalti.

Berikut ialah senarai lengkap senarai pasukan yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 16 Piala Dunia 2026.

Pusingan 16 Piala Dunia 2026

1) Kanada

2) Maghribi

3) Paraguay

4) Perancis

5) Brazil

6) Norway

7) Mexico

8) England

9) Portugal

10) Sepanyol

11) Amerika Syarikat

12) Belgium

13) Argentina

14) Mesir

15) Switzerland

16) Colombia