Malaysia bakal beraksi menentang Jerman dalam aksi pembukaan kejohanan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 yang akan bermula pada jam 4.40 petang nanti.
Kejohanan yang berlangsung di Zatika Sport Centre, Porec Croatia itu merupakan penampilan pertama buat Malaysia dalam kancah paling berprestij buat sukan hoki dalam dewan.

Baca Juga:
- Malaysia Layak Ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025
- Mengimbau Kejayaan Atlet Malaysia Di Pentas Dunia Pada 2024
- Sohail Abbas Kini Penolong Jurulatih Skuad Hoki Malaysia
Cabaran getir bakal dihadapi skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi itu apabila telah diundi satu kumpulan bersama Jerman yang merupakan juara dunia sebanyak tiga kali.
Manakala satu lagi lawan perlu dihadapi juga bukanlah calang-calang pasukan iaitu Iran yang juga merupakan gergasi hoki dalam dewan dunia.
Iran merupakan juara sembilan kali Piala Asia Hoki Dalam Dewan dan berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Hoki Dalam Dewan bagi tiga edisi terakhir.
Manakala satu lagi slot bagi kumpulan B ini diisi juara Amerika Selatan, Argentina.
Walaupun skuad negara beraksi jauh beribu batu, peminat hoki Malaysia boleh menyaksikan siaran langsung di laman sesawang rasmi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Link Siaran Langsung: Persekutuan Hoki Antarabangsa
Malaysia mara ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 selepas muncul naib juara Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 yang berlangsung di Kazakhstan.
Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang bakal beraksi di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025:
1) Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (Penjaga Gol)
2) Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman (Penjaga Gol)
3) Muhamad Izham Azhar
4) Abdul Khaliq Hamirin
5) Mohd Ashran Hamsani
6) Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah
7) Meor Muhamad Azuan Hasan
8) Muhammad Najmi Farizal Jazlan
9) Faridzul Afiq Mohd
10) Shazril Irwan Nazli
11) Muhammad Firdaus Omar
12) Shahmie Irfan Suhaimi
13) Muhammad Aminuddin Md Zain