Malam tadi menjadi detik penuh bersejarah buat skuad Malaysia apabila berjaya menewaskan gergasi dunia, Thailand pada perlawanan akhir acara Double dan Regu kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Kejayaan manis yang disambut dengan penuh meriah ribuan penyokong Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain corak permainan cukup bertenaga ditampilkan oleh anak-anak buah Ahmad Jais Baharun dan Zulkarnain Mohamed Arif itu, ada perkara lain yang mencuri tumpuan para peminat.

Hal ini kerana peminat yang menyaksikan siaran langsung di laman Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah ‘dipersembahkan’ dengan gaya ulasan bersahaja daripada pengulas perlawanan tersebut.

Pengulas bernama Mohsen Amdan itu memang merupakan pakar dalam sepak takraw serta mempunyai ‘passion’ tahap tertinggi dalam sukan tersebut memberikan ulasan dengan penuh bersemangat.

Gaya pengulasan dan setiap ayat yang keluar daripada mulut beliau memang membuatkan ramai terhibur serta mendapat respon positif daripada para peminat dengan pelbagai ‘punchline’ diberikan sepanjang aksi berlangsung.

Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad Double yang dibarisi Muhammad Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi berjaya menundukkan Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut 17-16, 15-13.

Manakala, gandingan Syahir Rosdi, Haziq Hairul Nizam, Azlan Alias dan Farhan Adam mengenepikan cabaran trio Sittipong Khamchan, Siriwat Sakha, Varayut Jantarasena, Pichet Pansan dan Poramet Sisriwat 15-8, 15-12.

Misi juara skuad Malaysia diteruskan dalam acara berpasukan dimana kedua-dua negara dijangka akan bertemu sekali lagi di pentas final.