Kedah Darul Aman (KDA FC) membawa bekalan tipis apabila menewaskan Penang FC (PFC) 1-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2024-2025 di Stadium Bandaraya.
Ini adalah kemenangan kedua Kedah ke atas Penang selepas mereka bertemu pada perlawanan Liga Super minggu lepas.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Bagaimanapun, kemenangan skuad kendalian Nafuzi Zain itu tidak hadir dengan mudah selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan ketika separuh masa pertama.
Namun, Kedah bangkit lebih garang pada separuh masa kedua dan beberapa kali melancarkan percubaan berbahaya.
Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pertama selepas Hasbullah Abu Bakar menyudahkan bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Penang, Sikh Izhan pada minit 73.
Akhirnya Kedah Darul Aman memecah kebuntuaan di Stadium Bandaraya hasil jaringan Hasbullah! #PialaFA24-25 #DemiLigaKita #PENKDA pic.twitter.com/JeYceDSLS3
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 28, 2024
Tersentak dengan jaringan tersebut, Penang cuba bangkit namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Kedah yang beraksi cukup berdisiplin.
Kedah nyaris menambah gol kedua selepas penyerang import Ghana, Assifuah merembat masuk bola hantaran leret Fazrul Danel daripada sebelah kanan.
Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan selepas pengadil mendapati Danel berada dalam kedudukan ‘offside’ menerusi penelitian video rakaman (VAR).
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan namun peluang Penang masih belum tertutup. Mereka perlu mencari dua gol untuk mara ke separuh akhir ketika aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman pada 5 Julai 2024.