Salah seorang pemain Arsenal, Kai Havertz dianggap sebagai punca pasukannya tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti.
Kai Havertz gagal menjaringkan gol ketika penentuan sepakan penalti sekaligus membolehkan United menewaskan pasukannya dengan keputusan 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika masa sebenar permainan.

Baca Juga:
- Kai Havertz Dianggap Pembelian Paling Teruk Arsenal
- Mikel Arteta Salahkan Bola Arsenal Kalah Di Tangan Newcastle
- Manchester City Buru Khidmat Abdukodir Khusanov
Selepas perlawanan, isteri kepada Havertz iaitu Sophia Havertz memuat naik tangkap layar di laman media sosial Instagram Story miliknya yang menunjukkan ada segelintir peminat yang menghamburkan kata-kata ugutan terhadapnya.
Sophia yang sedang mengandung ketika ini menerima mesej ugutan, termasuk ancaman bunuh terhadap bayinya yang belum lahir.
📲 Kai Havertz’s wife, Sophia, on Instagram.
Disgusting & unacceptable behaviour. 🤬 pic.twitter.com/cWsjMOw19Z
— afcstuff (@afcstuff) January 12, 2025
“Saya akan datang ke rumah anda dan menyembelih bayi anda. Saya tidak bergurau tunggu sahaja,” kata seorang daripada pengguna Instagram @campo.jr1.
“Saya harap anda mengalami keguguran,” kata mesej lain, yang dihantar dari akaun Instagram bertajuk @kingaimz10.
Menurut laporan The Standard, Arsenal kini sedang berunding dengan penyiasat pihak ketiga yang pakar mengenal pasti pendera dalam talian.
Jika mereka dikenal pasti, Arsenal akan mencari tindakan sekuat mungkin terhadap mereka yang bersalah. Akaun tersebut juga telah dilaporkan kepada Instagram.
Hos terkenal, Piers Morgan turut tidak terkecuali dalam meluahkan kemarahannya melihat Arsenal beraksi sedemikian rupa.
“Sangat menyedihkan, Arsenal,” ujar beliau dalam ciapan di laman X peribadi miliknya.
“Bagaimanap anda boleh kalah di tempat sendiri kepada pasukan yang beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh panjang itu?”
“Selagi Havertz menjadi penyerang utama kami, kami tidak mempunyai peluang untuk memenangi sebarang trofi besar.”
“Dia sangat teruk hari ini, jika Arteta tidak membeli pemain nama besar dalam jendela perpindahan ini, termasuk penyerang terbaik. Musim kita sudah pun tamat.”