Pusingan pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: Buriram United lawan Selangor [20 Ogos 2025, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan wakil negara iaitu Selangor di Thailand pada malam ini.
Baca Juga:
- Chatchai Mahu Hadap JDT Di Final Piala Shopee, ‘Saya Nak Bagi Mereka Peluang Balas Dendam’

- Ubi Terengganu Tersenarai Dalam ‘Top 5’ Pemain Muda Piala Shopee

- Piala Shopee Dapat Sokongan AFC Dan FIFA

Perlawanan Pertama ACC Piala Shopee 2025/26
Buriram United lawan Selangor
Sepak mula: 8:00 malam, 20 Ogos 2025 (Rabu)
Tempat: Chang Arena, Buriram, Thailand
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.
Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

Kejohanan yang dijenamakan semula pada musim lalu itu dimana sebelum ini berlangsung pada 2003 dan 2005 telah menampilkan pasukan-pasukan terbaik di rantau ASEAN.
Buriram United merupakan juara bertahan selepas menundukkan wakil Vietnam, Cong An Hanoi menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi 120 minit terikat 3-3.
Bakal membuat penampilan sulung, Selangor yang dibimbing Katsuhito Kinoshi pastinya mahu memburu kemenangan walaupun sedar kemampuan hebat pasukan tuan rumah.
Selangor pada musim ini diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain kelahiran Thailand iaitu Kevin Deeromram dan Picha Autra serta mendapat sentuhan bekas penyerang Buriram United, Chrigor Moraes.
Selain Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu lagi wakil negara dan berada dalam kumpulan B bersama Bangkok United (Thailand), Nam Dinh (Vietnam), Lion City Sailors (Singapura), Preach Khan Reach Svay Rieng (Kemboja) dan Shan United dari Myanmar.