Misi besar skuad badminton negara di Piala Sudirman 2025 bermula esok di Xiamen, China dengan Perancis menjadi ujian pertama yang perlu dihadapi.
Berbekalkan senarai pemain yang dibawa kedua-dua pasukan pada edisi kali ini, skuad negara dilihat tidak akan terlalu berdepan masalah untuk meraih kemenangan.
Baca Juga:
- Senarai Rasmi Pemain Malaysia Di Piala Sudirman 2025
- Senarai Negara Yang Layak Ke Piala Sudirman 2025
- BAM Sahkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ‘Rujuk Kembali’
Namun begitu Malaysia tetap tidak boleh memandang rendah cabaran yang bakal diberikan oleh Perancis, apatah lagi dalam format berpasukan campuran akan sentiasa penuh dengan kejutan.
Setiap perlawanan adalah penting untuk mengumpul keyakinan, dan kemenangan pada aksi pembukaan ini bakal menjadi suntikan moral buat skuad negara dalam misi memburu tempat ke suku akhir.
Selain Perancis, dua lagi pasukan yang bakal dihadapi kem negara ialah Australia dan Jepun.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan melibatkan Malaysia dalam peringkat kumpulan di Piala Sudirman 2025:

Peringkat Kumpulan Piala Sudirman 2025
1) Malaysia lawan Perancis
28 April (Isnin) – 9.30 pagi – Gelanggang 2
2) Malaysia lawan Australia
29 April (Selasa) – 9.30 pagi – Gelanggang 2
3) Malaysia lawan Jepun
1 Mei (Khamis) – 9.30 pagi – Gelanggang 1

Sepanjang penyertaan lebih tiga dekad dalam Piala Sudirman, pencapaian terbaik skuad negara adalah mara ke separuh akhir sebanyak tiga kali iaitu pada kempen 2009 di Guangzhou, 2021 (Vantaa, Finland) dan terbaharu pada edisi 2023 yang diadakan di Suzhou, China.
Ini bermakna kem negara berjaya mara ke separuh akhir buat dua edisi berturut-turut dan pastinya mereka mahu mengulangi pencapaian tersebut.