Kem badminton Malaysia berdepan tugas getir dalam aksi suku akhir Piala Sudirman 2025 apabila bakal bertemu dengan pilihan utama, China pada aksi yang dijadualkan berlangsung pagi esok.
Di atas kertas, China merupakan lawan sukar buat Malaysia dimana juara 13 kali kejohanan itu membariskan skuad terkuat pada edisi kali ini.
Baca Juga:
- Piala Sudirman 2025: Tewas Kepada Jepun, Malaysia Ke Suku Akhir Selaku Naib Juara Kumpulan
- Info Siaran Langsung Piala Sudirman 2025 Malaysia vs Jepun
- Ini Sejarah Piala Sudirman: Dari Sebuah Surat, Lahirnya Kejohanan Dunia Bercampuran
Dapat dilihat China mempunyai wakil yang berada di ranking atasan dunia dalam semua sektor.
Di perseorangan lelaki, China menyandarkan harapan kepada Shi Yu Qi manakala perseorangan wanita pula ada Chen Yu Fei dan Wang Zhi Yi.
Beregu lelaki dan wanita pula China menampilkan Liang Wei Keng-Wang Chang dan Liu Sheng Shu-Tan Ning serta Chen Qin Chen Jia Yi Fan.
Bagi beregu campuran, Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin dijangka bakal menjadi sandaran mereka.
Tambahan pula mereka bakal mendapat sorakan padu penyokong sendiri yang pastinya akan membanjiri Xiamen Olympic Sport Center.
Namun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat juang barisan pemain negara untuk tampil cemerlang dalam usaha mencipta kejayaan manis dalam saingan kali ini.
Setiap pemain yang menjadi pilihan Rexy Mainaky, Kenneth Jonassen dan barisan kejurulatihan pasti mahu membuktikan sesuatu untuk kejayaan pasukan serta menggembirakan peminat badminton tanah air.
Laluan tersebut perlu dilalui skuad negara selepas menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan kedua berikutan kekalahan pada aksi terakhir bertemu Jepun, petang tadi.
Senarai penuh jadual suku akhir Piala Sudirman 2025:
1) China lawan Malaysia
2) Jepun lawan Chinese Taipei
3) Denmark lawan Korea Selatan
4) Thailand lawan Indonesia