Malaysia memulakan kempen Piala Sudirman 2025 dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Perancis pada aksi peringkat kumpulan C yang berlangsung di Xiamen, China sebentar tadi.
Pada ketika ini, kem negara sudah mendahului lawan dengan keputusan 3-0 dan kerana masih di peringkat kumpulan, kesemua pemain dalam senarai ‘Order of Play’ perlu turun beraksi meskipun pasukan sudah mencapai kemenangan.
Baca Juga:
- Piala Sudirman 2025: Ini Jadual Lengkap Aksi Malaysia Di Peringkat Kumpulan
- Piala Sudirman: Soroti Jejak Separuh Akhir Malaysia & Harapan Baharu Di Xiamen
- Senarai Rasmi Pemain Malaysia Di Piala Sudirman 2025
Mata pertama Malaysia disumbangkan oleh pasangan beregu utama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin RumsaniĀ yang tidak berdepan masalah untuk menundukkan Mael Cattoen-Lucas Renoir 21-11 21-9 dalam tempoh 29 minit.
Goh Jin Wei yang turun pada aksi kedua dalam perseorangan wanita jelas tidak menghampaka untuk mencatatkan kemenangan 21-10 21-19 ke atas Leonice Huet.
Perlawanan ketiga pula menyaksikan Leong Jun Hao berhempas-pulas untuk menewaskan Arnaud Merkle 22-20, 21-19.
Dua lagi wakil negara akan turun selepas ini dimana Pearly Tan-M. Thinaah berdepan Margot Lambert-Camille Pognante dalam beregu wanita manakala pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula menanti cabaran Gregoire Deschamps-Elsa Jacob.
Dalam satu lagi aksi kumpulan C, Jepun juga tidak berdepan masalah untuk menundukkan Australia .
Aksi kedua bakal dilalui kem negara esok ialah berdepan Australia dimana kemenangan akan membawa Malaysia ke suku akhir.