Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi telah mengumumkan senarai rasmi 20 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam Piala Sudirman 2025 yang akan berlangsung dari 27 April hingga 5 Mei ini di Xiamen, China.
Malaysia turun dengan reputasi selaku semi finalis bagi dua edisi berturut-turut sebelum ini iaitu 2021 di Vantaa, Finland dan 2023 bertempat di Suzhou, China.
Baca Juga:
- Senarai Negara Yang Layak Ke Piala Sudirman 2025
- Enggan Beri Tekanan Kepada Anak, Chen Long Dan Isteri Tak Pamer Medal Kejuaraan Di Rumah
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
Menurut kenyataan dikeluarkan laman Facebook rasmi badan induk badminton tanah air itu, semua pemain akan menyertai kem latihan pusat bermula esok di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Senarai skuad negara kali ini menampilkan gabungan pemain berpengalaman dan bakat yang semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.
Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia:
Piala Sudirman 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Justin Hoh
Perseorangan Wanita
3) Goh Jin Wei
4) K. Letshanaa
Beregu Lelaki
5) Aaron Chia
6) Soh Wooi Yik
7) Nur Izzuddin Rumsani
8) Goh Sze Fei
9) Man Wei Chong
10) Tee Kai Wun
Beregu Wanita
11) Pearly Tan
12) M. Thinaah
13) Go Pei Kee
14) Carmen Ting
Beregu Campuran
15) Goh Soon Huat
16) Shevon Lai
17) Chen Tang Jie
18) Toh Ee Wei
19) Hoo Pang Ron
20) Cheng Su Yin


Skuad Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C dan akan memulakan kempen menentang Perancis pada 28 April, diikuti Australia (29 April) dan Jepun (1 Mei).
Satu kumpulan yang menuntut aksi konsisten daripada semua barisan pemain ketika beraksi.
Piala Sudirman 2025 menampilkan 16 pasukan terbaik seluruh dunia untuk bersaing merebut kejuaraan edisi ke-19 itu.