Badminton Berpasukan Piala Thomas 2024, Kumpulan D – Jepun vs Malaysia [2 Mei 2024, 5:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan Badminton Piala Thomas 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Link Siaran langsung:

  1. Astro Supersport (811/814)
  2. Astro Arena (801/802)
  3. TV Okey (110)
  4. Sukan RTM (111)

Saluran berbayar, Astro turut menyiarkan perlawanan Piala Thomas 2024 menerusi Arena dan  Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara percuma di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.


Malaysia menurunkan barisan yang sama ketika menentang Denmark dua hari lepas.

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia akan memulakan aksi pertama menentang Kenta Nishimoto sebelum gandingan beregu, Aaron Chia-Wooi Yik turun menentang Takuro Hoki-Kobayashi.

Kemudian, giliran Leong Jun Hao turun sebagai perseorangan kedua menentang Koki Watanabe.

Gandingan Nur Izzuddin-Sze Fei beraksi sebagai beregu kedua dan bakal menentang Akira Koga-Taichi Sato sebelum Justin Hoh melengkapkan aksi kelima dengan menentang Kento Momota.

Kemenangan ke atas Jepun akan memastikan skuad negara mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Piala Thomas 2024 menentang China atau India.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992. Edisi lepas Bangkok 2022, skuad negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 2-3 kepada India yang kemudiannya muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir.