Beberapa hari lalu tular berita seorang pemilik rumah sewa mendakwa seorang penyanyi 90-an tidak membayar sewa rumah selama empat bulan.
Menerusi kemas kini terbaharu dipetik daripada Harian Metro, pihak baitulmal sudah melangsaikan tunggakan sewa dari Jun hingga September (RM900/sebulan) dan bil elektrik sebanyak RM7,000.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
To’ki, 58, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur enggan memberi sebarang komen lanjut setelah dihubungi Harian Metro.
“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau menyatakan masih tinggal di rumah itu sehingga akhir bulan ini kerana masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal selepas pihak berkenaan memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk dirinya sekeluarga dengan segera.