Legenda Perancis, Robert Pires berpendapat bahawa Kylian Mbappe harus menolak tawaran Real Madrid dan sebaliknya memilih untuk menyertai Liverpool.

Masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe yang sudah menjaringkan 299 gol bersama kelab tersebut dikatakan semakin hampir bergelar rekrut baharu Real Madrid.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun kontrak rasmi kedua-dua pihak masih belum dimeterai, segalanya dilaporkan berada di landasan tepat untuk membawa Mbappe ke Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Namun, Pires yang beraksi enam musim di Liga Perdana Inggeris (Arsenal dan Aston Villa) jelas tidak bersetuju dengan perpindahan Mbappe ke Real Madrid.

“Saya minta maaf, Kylian, tetapi anda bukan pemain pertama yang mengatakan tidak kepada Real Madrid,” ujar Pires menurut laporan Sportsbible.

“Saya tidak tahu apa keputusan yang dia akan buat ada akhirnya, tetapi saya menolak Madrid kerana saya mempunyai dua pilihan lain. Saya pasti jika saya tidak berpeluang ke Arsenal atau Juventus, saya akan pergi kepada Real Madrid. Itu sudah pasti.”

“Saya ingin melihatnya di Liverpool. Ia adalah kelab ‘keluarga’ yang hebat. Terdapat struktur yang baik, tiada tekanan, penyokong bersikap tenang dan waras walaupun dalam keadaan sukar.”

“Saya fikir gandingan Salah-Mbappe boleh menjadi sangat hebat dan saya rasakan dia mampu untuk menolak Real Madrid,” tambah Robert Pires lagi.

Sumber