Ketika ini, drama TV3 berjudul Lelaki Itu telah menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sentiasa trending setiap kali ia ditayangkan.

Drama ini makin menjadi bualan hangat apabila Khairullah (Aedy Ashraf) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha) telah berkahwin tetapi sebenarnya mereka adalah adik beradik lain ibu tapi sama bapa.

Baca Juga:

Lebih mengejutkan apabila Sharifah Batrisya telah disahkan mengandung. Drama ini tampil dengan plot yang berbeza dan tidak cliche membuatkan ramai orang ‘digam’ dengan drama ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah kepada Mirza iaitu bapa mereka berdua kerana merahsiakan perkahwinan sehingga menimbulkan permasalahan tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tampil dengan pelbagai alternatif plot dan versi jalan cerita sendiri kerana mahu memberikan ‘happy ending’ kepada Khai dan Sya.

Malah, ada juga netizen yang tertanta-tanya akan hukum tentang perkahwinan terbabit dan apakah status anak terbabit kerana sepatutnya perkahwinan mereka dibubarkan. Apa pun, sama-sama kita saksikan bagaimana pengakhiran drama itu.