Hari ini berlangsungnya pertemuan Perdana Menteri kita bersama Elon Musk secara maya. Sudah pasti pelbagai topik yang dibincangkan oleh kedua-dua individu berpengaruh itu dalam merancang hala tuju jangka masa panjang.

Menerusi ciapan terbaharu PM Anwar Ibrahim di Twitter, beliau memaklumkan telah melakukan pertemuan secara maya bersama Elon Musk yang mana turut disertai oleh beberapa Menteri yang berkaitan menerusinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terdapat beberapa intipati penting selepas sesi perbincangan secara maya yang ramai perlu tahu. Apa yang pasti, kita sedia menerima berita baik setakat ini.

Intipati penting antara Perdana Menteri dan Elon Musk

1. Anwar Ibrahim menyambut baik akan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia selain ketersediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.

2. Bahkan, beliau turut mengucap tahniah dan dukungan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk di Selangor pada tahun ini.

3. Malaysia akan terus memperkasa komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

4. Selaras dengan itu, Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem yang komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

5. Malah, mereka turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pendalaman.

6. Untuk berbuat sedemikian ia hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

7. Inisiatif tersebut akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat terutamanya daripada aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.

Menjengah ruangan komentar, para netizen sangat menyambut baik akan berita positif ini yang mana bakal memberikan pelbagai manfaat kepada negara kita.

Sumber Gambar: Twitter @anwaribrahim
Sumber Gambar: Twitter @anwaribrahim

Diharapkan dengan penyertaan Elon Musk serta kemasukan kereta EV, Tesla dan juga servis rangkaian internet, Starlink bakal membuka ruang baharu dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.