Kehadiran syarikat startup di dalam sesebuah negara sememangnya memberikan manfaat yang banyak. Jadi, tidak hairanlah jika kerajaan di seluruh dunia sentiasa menyambut baik dan memberi insentif buat syarikat startup di luar sana.

Terbaharu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini berkongsi sasaran untuk mewujudkan sekitar 5,000 syarikat startup menjelang 2025 kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Rakan Sarawak

Selaras dengan itu, pelbagai insiatif akan dilaksana dalam memperkukuhkan ekosistem serta meningkatkan keterlibatan startup tempatan.

Bahkan, Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kalangan 20 negara utama ekosistem syarikat startup global menjelang tahun 2030 serta membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat startup dan digital serantau, katanya dalam satu kenyataan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang pertama bagi tahun 2023.

Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 14 agensi yang terlibat dalam ekosistem syarikat startup merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan produk, pemasaran dan kepakaran, katanya.

Untuk makluman, sasaran ini merupakan kesinambungan daripada perancangan MOSTI dibawah pelan “Malaysia Startup Ecosystem Roadmap 2021-2030” yang menyasarkan untuk mencipta lebih 5000 syarikat pemula, selain 5 syarikat gergasi bertaraf unicorn.

Antara manfaat yang boleh didapatkan dengan kewujudan syarikat startup adalah merancakkan pertumbuhan negara di samping membuka peluang pekerjaan yang luas untuk warga tempatan. Jadi, banyak negara yang sedia menyambut baik akan kehadiran syarikat-syarikat startup baharu.

Sumber