Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah kini tampil membuat pendedahan terbaharu berhubung isu kontroversi yang melibatkan abang iparnya, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Pendedahan tersebut dibuat Didi dipercayai susulan perkongsian yang dibuat Aliff menerusi satu sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis.

Menerusi hantaran di Instagram, Didi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai berlaku di antara Aliff dan NRF.

“So ini lah “last plan” dengan si Ruhainies tu ya? Podcast (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong lepas pakai cyber-trooper tak jalan).

“Dan inilah yang awak panggil ‘rocky marriage’ ?(korang check date). Rumah tangga diaorang elok sahaja.

“Untuk suami kakak saya yang bakal bergelar bekas suami, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R.

“Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru je abang kenal?” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Didi juga turut mendedahkan Aliff telah menukar kata laluan telefon bimbitnya selepas menjalani penggambaran bersama Ruhainies.

“So called princess treatment yang awak cakap awak bagi dekat kaklong, (that only last few months sampai lah shoot dengan si R habis password semua tukar).

“Untuk pengetahuan, kaklong saya dah bagi awak ‘prince treatment’ selama 10 tahun,” kongsinya lagi.

Selain itu, Didi juga berkongsi bagaimana sikap abangnya berubah selepas mengenali NRF. Malah, kakaknya cuba meminta Alif untuk memberikan perhatian kepada anak-anak namun tidak diendahkan sama sekali.

Sumber Gambar: IG @didiastillah

Susulan hantaran itu, ramai netizen meluahkan rasa terkejut akan kelicikan kedua-dua individu terbabit yang masih mahu menjatuhkan Bella Astillah dengan ‘pelan terakhirnya’.

Ramai juga bersedih dengan nasib malang yang ditimpa oleh Bella Astillah yang masih mahu menpertahankan rumah tangga bersama Aliff Aziz namun hanya menemui jalan mati sahaja.