Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas influencer media sosial DD Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah, lapor Buletin TV3.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua laporan polis berkenaan adalah sehingga semalam.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
“Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” jelas beliau.
Terdahulu video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik DD Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah.
Dalam video itu dia menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.