Satu pendedahan yang mengejutkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok petang semalam, ketika pihak berkuasa Thailand menahan seorang ahli perniagaan Malaysia berusia 31 tahun sebaik tiba dari Malaysia.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai seorang ahli perniagaan dilaporkan mengaku membunuh kejam pekerjanya berusia 24 tahun di Kelab Route66 di Johor Bahru, Malaysia, sebuah tempat yang katanya dimiliki oleh suspek sendiri.

Baca Juga:

Penahanan berlaku sekitar 10 malam waktu tempatan, berpunca daripada usaha yang diselaraskan antara agensi penguatkuasaan undang-undang Thailand dan Malaysia.

Pihak berkuasa Thailand dimaklumkan berhubung dakwaan penglibatan suspek dalam jenayah kejam itu.

Mangsa dilaporkan ditemui mati dalam keadaan mencurigakan. Siasatan awal menunjukkan bahawa motif di sebalik pembunuhan itu berkisar tentang kecurian wang bernilai RM40,000 oleh pekerja itu.

Didakwa bahawa mangsa menggunakan wang yang dicuri untuk perjudian dalam talian, mendorong ahli perniagaan itu mengambil langkah drastik.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah menyerang mangsa, memukul kepalanya menggunakan botol sehingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Suspek yang dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian, mengaku melarikan diri ke Thailand dalam usaha mencari perlindungan bersama isterinya warga Thailand.

Bagaimanapun, tindakannya berjaya dihidu pihak penguatkuasa Thailand yang kemudiannya menahannya suspek sejurus tiba dilapangan terbang

Mengakui tindakannya, suspek menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan secara sukarela pulang ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan terhadapnya.

Sumber