Dua warga Bangladesh yang disahkan positif COVID-19 telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu selepas mereka dipercayai cuba untuk menaiki penerbangan pulang ke Dhaka.

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan petugas yang bertugas pada ketika itu telah mendapati dua individu tersebut positif COVID-19 apabila memeriksa slip ujian keputusan saringan yang dibawa lelaki tersebut.

Menurut sumber, bagi penerbangan antarabangsa, antara salah satu prosedur yang perlu dilakukan adalah penumpang diwajibkan untuk menyertakan keputusan ujian saringan COVID-19.

Difahamkan, sewaktu kejadian dua warga Bangladesh yang dipercayai dalam lingkungan 20-an tersebut ingin mendaftar masuk penerbangan akhir Malindo Air ke Dhaka kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman sewaktu dihubungi telah mengatakan bahawa anggota polis yang membuat rondaan ketika itu telah pun memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak tersebut telah pun menguruskan dua individu tersebut.

“Tidak beberapa lama kemudian, sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua warga Bangladesh itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya sewaktu dihubungi.

Tindakan dua warga Bangladesh tersebut dipercayai telah membahayakan kesihatan bagi petugas yang menjaga pintu masuk KLIA pada ketika itu kerana telah menyebabkan petugas tersebut terdedah dengan risiko jangkitan wabak COVID-19.

Baca juga perkongsian semasa dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tipu Isteri Ke Pontianak Naik Pesawat Sriwajaya Air, Lelaki Ini Rupanya Ke Bali Dengan ‘Skandal’

Che Nom Izinkan Orang Ramai Guna Resipi Dan Gambar Masakan Untuk Berniaga

Stress Dengan Sasaran Yang Tinggi, Para Guru Gantung Sepanduk Usir ‘Pengetua Mental’

Sumber