Bagi kanak-kanak yang membesar di zaman akhir 80-an, kebanyakan cerita yang menjadi perbualan hangat adalah siri televisyen dari Jepun. Oleh kerana pada zaman tersebut tiada google translate, maka dengan kreatifnya lirik adaptasi syok sendiri dibuat. Kalau nak karaoke, jangan lupa buka kipas dan nyanyi kuat-kuat. Enjoy!

1. Doraemon

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pada suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat
Suka makan kuih donat
Bila nampak tikus ia melompat

Nobita ketawa sambil berkata:
(“aik?! takut tikus ke?”)

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON

2. Moero Attack

http://www.youtube.com/watch?v=yXh5iK2mrcc

Ada seorang gadis
Cun namanya
Bercita cita
menjadi ‘Spike’ dunia

Cun jaguh bola tampar
Kumpulan Baikuchi
Mencari ibunya
bernama Yoriko

Cun, Kapten, Yojiah
Tiga rakan pergi Sukan Olimpik
Tapi gugur seorang
Yojiah teman tersayang
Tinggallah Cun dan Kapten
Yojiah dah pergi

Semoga Cun berjaya
Menjadi ‘Spike’ dunia