Seorang penghantar makanan didapati tidak bersalah selepas menembak seorang pencipta kandungan ‘prank’ di Youtube pada awal tahun ini. Kejadian yang berlaku pada April lalu mencetuskan panik di pusat beli belah tersebut kerana pengunjung takut terjadinya tembakan rambang.

Juri pada Khamis lalu membuat keputusan untuk membebaskan Alan Colie berusia 31 tahun atas tuduhan mencederakan dengan niat jahat dalam kejadian penembakan ke atas Tanner Cook, pengendali saluran YouTube Classified Goons, lapor The Guardian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejadian yang berlaku pada 2 April lalu kembali tular di media sosial dengan kebanyakan netizen menyuarakan rasa terkejut dengan apa yang terjadi.

Dihadapan para juri, Colie mengaku tidak bersalah dan berkata dia bertindak untuk mempertahankan diri.

Juri melihat video tersebut yang merakamkan konfrontasi antara Cook dan Colie yang berlangsung kurang daripada 30 saat. Rakaman itu menunjukkan Cook menghampiri Colie ketika dia mengambil pesanan makanan.

Di dalam video tersebut, kedengaran Colie berkata “stop” sebanyak tiga kali kepada Cook. Colie cuba menghalang telefon dari mukanya sebelum mengeluarkan pistol dan menembak Cook di bahagian bawah dada kiri.