Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada di tahap yang membimbangkan. Walaupun negara kini berada dalam fasa pemulihan dengan kes positif mencatatkan penurunan mendadak sejak beberapa hari lalu, namun orang ramai dinasihati untuk terus mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Paling menyedihkan, ada juga di antara kita yang kurang bernasib baik akibat hilang punca pendapatan. Prihatin dengan situasi semasa rakyat, hashtag #PregoCares mula jadi perhatian di media sosial.

Jom membeli sambil beramal

Sejak pandemik Covid-19 mula menular di Malaysia, jenama Campbell Malaysia adalah antara yang paling awal tampil membantu bagi meringankan beban dan memberi sokongan kepada mereka yang terjejas.

Terkini, program pengumpulan Dana #PregoCares adalah antara yang menerima sambutan hebat dari rakyat Malaysia. Dengan hanya membeli produk Prego, anda semua boleh turut sama menyumbang.

20200602_1659380 (1)

Bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2020, rebutlah peluang untuk membeli mana-mana produk Prego, di mana sebanyak RM0.30 daripada setiap pembelian akan terus disalurkan ke tabung Dana #PregoCares. Anda juga boleh terus membuat pembelian produk Prego di mana-mana kedai berhampiran atau terus sahaja membeli di Lazada.

Hasil sumbangan ini, pihak Campbell Malaysia akan menyediakan pek keperluan #PregoCares bernilai RM50 setiap satu yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada 1,400 isi rumah.

Apa yang pasti, kami yakin hidangan makanan seimbang Prego untuk seisi keluarga jadi lebih bermakna apabila kita dapat berkongsi kebaikan dengan mereka yang memerlukan.

Ambil berat, kongsi berkat

Selain program pengumpulan Dana #PregoCares, pihak Campbell Malaysia juga tampil dengan satu lagi program amal iaitu Sumbangan Makanan #PregoCares yang telah bermula sejak 27 Mei 2020 dan bakal berakhir 29 Jun 2020 nanti.

82396911_2661843560739974_7997523443555762176_o

Sepanjang program ini berlangsung, sebanyak 500 bungkusan makanan seimbang Prego mula diedarkan setiap hari kepada mereka yang memerlukan terdiri daripada komuniti B40 di sekitar Lembah Klang. Lebih mengagumkan, pihak Campbell Malaysia mensasarkan jumlah keseluruhan  14,000 bungkusan makanan selesai diedarkan dalam tempoh 28 hari program.

Program amal ini juga akan mendapat kerjasama penuh daripada Chef on Wheels dalam penyediaan makanan, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pula akan membantu untuk mengedarkan makanan.

Sempena Syawal yang mulia ini, sambil kita menikmati hidangan sihat Prego bersama yang tersayang di hari raya, marilah berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

20200602_1659380 (1)

Sebarang maklumat lanjut tentang #PregoCares korang boleh layari laman Facebook Prego Malaysia.