McDonald’s Malaysia didakwa telah mengenalpasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah ke atas jenama terkenal tersebut. Difahamkan, indvidu terbabit akan didakwa menggunakan Akta Hasutan.

Bagaimanapun tidak pasti adakah laporan ini dibuat ditengah-tengah isu boikot yang melanda beberapa jenama antarabangsa yang menyatakan sokongan kepada Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui satu hantaran terbaharu, Zaid Hasman, Ketua Pegawai Teknologi di McDonald’s Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membincangkan isu fitnah yang melibatkan McDonald’s Malaysia

“Bersama YBhg Tan Sri Mohamad Salim – Chairman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) & turut disertai Datuk Dr. Mohamed Sulaiman – Chief Network Security Officer, berbincang mengenai isu fitnah yang sangat berleluasa ke atas McDonald’s Malaysia.

“Terima kasih di atas sokongan pihak MCMC bersama-sama membendung isu ini.

“Dalam masa yang sama, pihak McDonald’s Malaysia telah mengenalpasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah dan akan di dakwa di atas Akta Hasutan,” katanya di laman Facecook peribadinya.

Hantaran terbabit yang dimuat naik pada 3 November lalu tular hari ini selepas beberapa pengguna X menangkap layar hantaran terbabit sehingga mencetuskan perbincangan di media sosial.

Sebahagian netizen mempersoal tindakan McDonald’s yang mahu menggunakan Akta Hasutan dalam menangani kes fitnah melanda jenama terkenal tersebut.

Netizen yang lain pula beranggapan bahawa McDonald’s sepatutnya menggunakan saman sivil untuk fitnah bukannya Akta Hasutan.

Setakat laporan ini ditulis, tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia mengenai isu ini. Netizen juga masih berteka-teki siapakah 60 individu terbabit.