Kumpulan D Piala Dunia 2026 menampilkan pertembungan antara tuan rumah yang sedang membina identiti baharu di bawah pengurus berkelas dunia, berdepan dengan pakar pertahanan dari Amerika Selatan, ketahanan fizikal dari Asia, dan kebangkitan ‘Dark Horse’ Eropah.
Kumpulan D antara kumpulan paling terbuka dalam edisi Piala Dunia kali ini.
Kumpulan D: Amerika Syarikat (USA), Paraguay, Australia, Turkiye
Kita akan melihat bagaimana ‘Poch-ball’ versi Amerika Syarikat cuba merobohkan tembok ‘DNA Albirroja’ Paraguay yang sangat kental.
Jangan lupa juga Australia yang datang dengan disiplin dan fizikal daripada Tony Popovic.
Kemudia ada ‘dark horse’ Turki yang membawa magis Arda Guler untuk menamatkan penantian 24 tahun mereka.
1. Amerika Syarikat: Era Baharu ‘Poch-Ball’ Di Bumi Sendiri
Formasi Utama: 4-2-3-1 / 4-3-3 (Hybrid)
Gaya Permainan: Di bawah Mauricio Pochettino, AS tidak lagi sekadar pasukan yang berlari tanpa arah.
Amerika Syarikat akan menjadi pasukan paling menarik perhatian dalam kumpulan D.
Pochettino telah menyuntik elemen tekanan tinggi (high-pressing) dan transisi pantas yang menjadi identiti beliau di Eropah.
Sebagai tuan rumah, AS akan bergantung kepada kreativiti Christian Pulisic dan kepantasan Folarin Balogun di bahagian hadapan.
Pochettino gemar menggunakan bek sayap yang agresif seperti Antonee Robinson untuk memberikan kelebaran, sementara Tyler Adams bertindak sebagai pelindung rantaian pertahanan.
📸 – The USA players are crowded around MAURICIO POCHETTINO who is showing them something on a MacBook laptop in the substitute bench. pic.twitter.com/Hp3P3AU8F8
— CUPID FC (@CUPID_FC) May 31, 2026
Kelemahan: Konsistensi di posisi penjaga gol menjadi tanda tanya selepas Matt Turner kehilangan tempat di peringkat kelab.
Selain itu, tekanan sebagai tuan rumah boleh menjadi beban jika mereka gagal menjaringkan gol awal.
Pemain Tumpuan: Christian Pulisic (Captain America), Folarin Balogun (The Marksman), Antonee Robinson (Jedi).
2. Paraguay: ‘The Hunter’ Kembali Ke DNA Lama
Formasi Utama: 4-4-2 / 4-2-3-1
Gaya Permainan: Gustavo Alfaro, yang dikenali sebagai ‘El Cazador’ (Pemburu), telah mengembalikan DNA sebenar Paraguay: pertahanan bak tembok bsei dan intensiti kolektif.
Mereka adalah pasukan yang paling sukar untuk ditembusi dalam kelayakan CONMEBOL.
Sebelum ini Paraguay pernah cuba terikut dengan fenomena mahu membina pasukan berasaskan permainan moden. Namun ternyata DNA lama mereka lebih baik untuk kualiti gedung bakat mereka ada.
Paraguay tidak malu untuk bermain secara defensif dan menunggu peluang serangan balas. Antara cara mujarab mereka gunakan untuk ke Piala Dunia 2026.
Dengan Julio Enciso sebagai permata kreatif, mereka mempunyai kualiti untuk menghukum lawan dalam sekelip mata. Kekuatan fizikal dan disiplin taktikal mereka adalah mimpi ngeri bagi mana-mana pasukan yang gemar menguasai bola.
Kelemahan: Masalah utama Paraguay adalah kreativiti jika Julio Enciso dikawal ketat. Mereka kadangkala terlalu fokus bertahan sehingga lupa untuk menyerang.
Pemain Tumpuan: Julio Enciso (The Jewel), Miguel Almiron (The Flash), Andres Cubas (The Engine).
3. Australia: Disiplin Dan Kerja Keras Berpasukan Tony Popovic
Formasi Utama: 3-4-2-1 / 4-2-3-1
Gaya Permainan: Tony Popovic telah membawa budaya kerja keras yang luar biasa ke dalam kem Socceroos. Dan mereka bersedia menjadi pengacau dalam kumpulan D.
Popovic menuntut kesempurnaan dalam setiap perincian, daripada diet pemain hingga ke kedudukan setiap langkah di atas padang.
Australia bermain dengan organisasi yang sangat tersusun dan fizikal yang mantap. Mereka sangat berbahaya dalam situasi bola mati dan mempunyai semangat juang yang tidak kenal putus asa seperti mana mereka selalu tunjukkan.
Así queda la plantilla de los Socceroos para este Mundial. Para mí superior a las de 2014, 2018 y 2022 pero peor que las de 2006 y 2010
Popovic ha armado un equipo que es como una roca pero que le falta creatividad. Volpato aquí va a ser vital al igual que los carrileros pic.twitter.com/9Q1mwBKZie
— Futbol Australia (@AustraliaFut) June 1, 2026
Australia sentiasa mampu menjadi underdog dalam kejohanan antarabangsa.
Popovic berjaya menstabilkan pasukan yang sebelum ini nampak goyah, menjadikan mereka sebuah unit yang sangat sukar untuk ditembusi.
Kelemahan: Kreativiti di bahagian tengah masih menjadi isu jika mereka berdepan dengan pasukan yang mempunyai teknikal tinggi. Mereka juga cenderung untuk bermain secara terlalu berhati-hati.
Pemain Tumpuan: Harry Souttar (The Giant), Jackson Irvine (The Midfield General), Nestory Irankunda (The Wonderkid).
4. Turkiye: Kebangkitan ‘The Crescent Stars’ Selepas 24 Tahun
Formasi Utama: 4-2-3-1
Gaya Permainan: Vincenzo Montella telah membina sebuah pasukan Turkiye yang paling berbakat dalam sejarah moden mereka. Menjadikan mereka kini pasukan tumpuan dalam kumpulan D.
Fokus utama pasukan ini adalah pada ‘Generational Talent’, Arda Guler dari Real Madrid dan Kenan Yildiz dari Juventus.
ARDA GULER AND TURKIYE QUALIFY FOR THE WORLD CUP 2026‼️
WHAT A PICTURE 📷 pic.twitter.com/579Hy4pwYC
— CUPID FC (@CUPID_FC) March 31, 2026
Turki bermain dengan gaya penguasaan bola yang dominan dan teknikal yang tinggi dengan kualiti pemain dari kelab kelab liga utama Eropah.
Montella berjaya menyatukan ego pemain dan membentuk harmoni dalam pasukan. Dengan Hakan Calhanoglu sebagai ‘Deep-lying Playmaker’, Turki mempunyai keupayaan untuk mengawal tempo perlawanan menentang mana-mana pasukan.
🚨 The Turkish national team received a special convoy on their way to the airport for the World Cup. pic.twitter.com/VIgRv18LoT
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) June 2, 2026
Kelemahan: Turki masih belum mempunyai penyerang No. 9 yang benar benar prolifik. Selain itu, mereka kadangkala terdedah kepada serangan balas pantas kerana barisan pertahanan yang sering naik tinggi.
Pemain Tumpuan: Arda Guler (The Magician), Hakan Calhanoglu (The Maestro), Kenan Yildiz (The Shooting Star).
Ramalan Vocket
Kumpulan D adalah antara kumpulan yang paling terbuka. AS mempunyai kelebihan tuan rumah, tetapi Turki nampak lebih matang dari segi teknikal. Paraguay akan menjadi ‘tembok’ yang sukar diruntuhkan, manakala Australia mampu mencuri mata jika lawan terleka.
Kami meramalkan Turki akan melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan D. Sementara peluang AS dan Paraguay sangat seimbang untuk mengisi satu lagi tempat.
Jadual perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2026
Perlawanan 1
Amerika Syarikat lwn Paraguay
Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
Masa: 9:00 Pagi
Stadium: SoFi Stadium (Inglewood)
Australia lwn Turki
Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
Masa: 12:00 Tengah Hari
Stadium: BC Place (Vancouver)
Perlawanan 2
Amerika Syarikat lwn Australia
Tarikh: Sabtu, 20 Jun 2026
Masa: 3:00 Pagi
Stadium: Lumen Field (Seattle)
Turki lwn Paraguay
Tarikh: Sabtu, 20 Jun 2026
Masa: 11:00 Pagi
Stadium: Levi’s Stadium (Santa Clara)
Perlawanan 3
Turki lwn Amerika Syarikat
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 10:00 Pagi
Stadium: SoFi Stadium (Inglewood)
Paraguay lwn Australia
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 10:00 Pagi
Stadium: Levi’s Stadium (Santa Clara)
Nota: Masa adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT+8).